sharing our knowledge

sharing our knowledge

Sunday, August 17, 2014

TEKNIK LUKISAN TITIK-TITIK (PENDIDIKAN SENI)

Salam semua..hari ni saya nak kongsi hasil lukisan titik-titik pelajar Tingkatan 2 saya..mudah saja untuk hasilkan lukisan ini cuma ianya mengambil masa yang lama dan perlu ada kerajinan untuk menyiapkannya..
Cara-cara untuk menghasilkan lukisan titik-titik:
1) Fotostat gambar yang ingin dilukis.
2) Tekap/lukis garisan luar gambar tersebut di atas kertas lukisan.
3) Gunakan pen dakwat cair dan mula membuat titik-titik di kawasan yang paling gelap berdasarkan lukisan fotostat. Bahagian gelap memerlukan titik yang banyak manakala bahagian cerah hanya sedikit titik.
4) Julat masa untuk menyiapkan 1 lukisan lebih 3 - 5 jam.

 






Sunday, March 16, 2014

CETAKAN (PENDIDIKAN SENI VISUAL)

Disebabkan tahun ni saya mengajar seni semula..saya merajinkan diri menulis semula..Seperti yang kita ketahui,terdapat pelbagai jenis cetakan..tetapi cetakan yang paling mudah ialah cetakan timbul..saya menggunakan pelepah pisang dan bendi untuk aktiviti cetakan ini..students bebas menghasilkan corak cetakan mereka..guru boleh sediakan bahan kepada pelajar..pelajar nampak enjoy membuat aktiviti ini..